BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

Program Waja Diri

Pada 2 minggu yang lepas, kumpulan saya telah selesai melaksanakan satu tugasan kumpulan kami......
Kami telah memilih untuk menjalankan program ini kat sekolah menengah Ampang Pechah....
Saya rase seronok sangat buat program kat sekolah ini sebab guru-guru dan pelajar sekolah memberikan kerjasama yang baik kepada kami...
program yang kami laksanakan ialah lebih kepada kerjasama...
kami pilih untuk melaksanakan program ini kerana bagi menambahakan kejelekitan antara mereka...
Firstly, memang mereka susah nak bagi kerjasama, maklumlah bercampur pelbagai kaum...
tapi, selepas kami melaksanakan beberapa aktiviti, kerjasama antara mereka mula terserlah..
walaupun tidak banyak perubahan yang kami dapat perhatikan, tapi kami dah bersyukur..
yelah,,program yang kami laksanakan ini hanya beberapa jam saje..
Jadi, di lain masakami akan cuba melakukan dengan lebih baik dan lebih lama,,dengan pelbagai aktiviti lagi...Insya Allah..

Wednesday, July 21, 2010

ice breaking

kem motivasi & pembelajaran strategik kelas rancangan khas daerah batang padang

emmm...tadi saya ngan member2 yang lain handle ice breaking bagi program itu..kami diminta oleh bekas instruktor lab kami masa sem 3 dahulu untuk mengendalikan aktiviti ini....
pada mulanya kami berasa risau takut tak dapt menjalankan aktiviti ini dengan sempurna..yelah..kami pun dapat tahu last minit..tp instruktor kami itu mempercayai kebolehan kami....
Tadi, kira-kira dalam pukul 5 lebih, akhirnya aktiviti yang kami handle berjaya dilaksanakan dengan sempurna..
saya ngan member2 yang lain berasa seronok sangat kerana dapat mengendalikan aktiviti ini dengan baik..hal ini secara tidak langsung dapat membantu kami untuk mengendalikan program kelak menjadi lebih baik..
selain itu, ia juga dapat melatih kami untuk menjadi bakal kaunselor yang lebih berjaya kelak...

Monday, July 19, 2010

kami

Belia Benci Dadah

pic ni saya amik masa buat program dadah kat sekolah Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan.. Program ini hanya ambil masa selama satu hari...
saya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain menjalankan program ini pada semester lepas...
sebenarnya tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyempurnakan kerja kursus kami pada subjek kaunseling penyalahgunaan dadah..
tetapi melalui kursus ini juga, kami dapat tahu jenis- jenis dadah dan kesan-kesannya kepada penagih itu sendiri...
Selepas melaksanakan program ini, saya mendapat respon yang positif daripada para peserta program ini... Pada akhir program ini, mereka dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada mereka dan masyarakat sekeliling...
Mereka juga dapat muhasah diri mereka daripada terlibat dengan gejala tidak sihat ini..

Belia Benci Dadah

inilah aku...aku ni biase je..huhuhu...skang ni aku still study kat upsi..aku ambil course pen. bim. dan kaunseling... maksudnya aku ni bakal kaunselor...hahaha.
sebut kata kaunseling ni, ramai orang salah anggap..yelah, diorang ingat kaunselor ini berperanan memberikan jalan penyelesaian kepada mereka...tp aku dulu pn macam tu..aku ingat kaunselor ni berperanan memberi nasihat dan memberi jalan penyelesaian kepada kliennya itu..
tapi selepas aku mengikuti kursus ini, barulah aku tahu bahawa kaunseling ini sebenarnya bukan memberi nasihat ataupun memberikan jalan penhyelesain kepada mereka yang bermasalah itu tetapi kaunseling itu sebenarnya mempunyai pelbagai definisi yang spesifik dari pelbagai tokoh...
tetapi kaunseling secara umumnya ialah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga seorang klien... kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat walaupun terdapat cadangan yang diberikan ...Malahan, kaunselor juga tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien tetapi mencari jawapan bersama....
Kaunseling juga sebenarnya adalah berfokus kepada individu yang bermasalah..
kaunseling juga dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling ...selain itu setelah mengikuti kursus ini aku juga sedar bahawa kaunseling ini harus dijalankan secara bersistematik dan berstruktur.... setiap sesi kaunseling yang dijalankan akan dipantau secara berterusan oleh kaunselor....
sesi kaunseling juga mengambil masa yang lama dalam pengendalian proses-proses kaunseling...
selain itu, kaunselor juga secara dasarnya tidak mesti mengenali individu yang ditolong secara mendalam..
ha...itulah kaunseling yang sebenarnya...